Marilah bersama-sama kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dengan melaksanakan segala perintah Allah dan menghindarkan segala larangan-Nya bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan hidup kita di dunia dan di akhirat.
Sebagai seorang muslim kita dituntut untuk sentiasa melakukan amalan kebaikan. Kita percaya dan yakin bahawa setiap amal perbuatan kita di dunia ini ada perkiraan pahala dan dosa yang akan menerima balasan seadil-adilnya.Inilah tujuan kehidupan manusia di dunia,lalu dimatikan oleh Allah dan kemudiannya dihidupkan semula pada kehidupan yang kekal abadi.
Pahala ialah ganjaran baik yang disediakan Allah SWT untuk hamba-hambanya yang mematuhi perintah-Nya.
Firma Allah Taala dalam Surah Al-Zalzalah ayat 7.
Maksudnya : Maka sesiapa yang berbuat kebaikan walau seberat zarah akan dilihat ( dalam surat amalan)
Allah yang Maha Adil telah menurunkan syariat kepada manusia untuk menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Peraturan-peraturan tersebut berbentuk suruhan dan juga larangan. Untuk melahirkan keadilan, Allah telah memberi jaminan bahawa sesiapa yang melakuakn suruhan akan diberi ganjaran baik, manakala sesiapa yang melangkar larangan pula akan diberi balasan buruk.
Para guru boleh melakukan set induksi dengan pelbagai cara seperti tontonan video, penceritaan, soal jawab dan juga menggunakan beberapa bahan bantu mengajar seperti gambar yang ada perkaitan dengan tajuk yang akan diajar nanti.
Set induksi ini adalah bertujuan untuk menarik minat serta fokus pelajar sebelum pengajaran dimulakan. Namun begitu, set induksi juga boleh dipelbagaikan dengan aktiviti dan bahan yang lain. Dalam masa yang sama juga, sebelum memulakan pengajaran, guru boleh membangkitkan pengalaman atau pengetahuan pelajar yang sedia ada yang berkaitan dengan tajuk pengajaran nanti.
No comments:
Post a Comment