BANGUNLAH

BANGUNLAH

Thursday, 7 April 2016

Monday, 30 November 2015

Saturday, 28 November 2015

Friday, 6 November 2015

PENGERTIAN PAHALA


Marilah bersama-sama kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dengan melaksanakan segala perintah Allah dan menghindarkan segala larangan-Nya bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan hidup kita di dunia dan di akhirat.

Sebagai seorang muslim kita dituntut untuk sentiasa melakukan amalan kebaikan. Kita percaya dan yakin bahawa setiap amal perbuatan kita di dunia ini ada perkiraan pahala dan dosa yang akan menerima balasan seadil-adilnya.Inilah tujuan kehidupan manusia di dunia,lalu dimatikan oleh Allah dan kemudiannya dihidupkan semula pada kehidupan yang kekal abadi.

Maksud Pahala

Pahala ialah ganjaran baik yang disediakan Allah SWT untuk hamba-hambanya yang mematuhi perintah-Nya.

Firma Allah Taala dalam Surah Al-Zalzalah ayat 7.



Maksudnya : Maka sesiapa yang berbuat kebaikan walau seberat zarah akan dilihat ( dalam surat amalan)